Thursday, 7 February 2013

SAYYIDUL AYYAM ^_^

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT SEMUA!!

Hari Jumaat sayyidul ayyam hari ni terpanggil nak update blog!,,
huhuhu,,,cuti untuk tahun baru cina..

Tapi cuti ni tak bermakna buku pon cuti yee :p ..
Belajar tetap belajar,,cuti sikit-sikit dah lee,,

Nanti lepas SPM nak cuti lelame pon boleh,,kan3? :)

Hmmm...Alhamdulillah kaum adam sudah pon selesai menunaikan solat
Jumaat,,

Doa Diantara dua khutbah dimakbulkan oleh Allah...
In Shaa Allah,,

Sebenarnyakan,,,nak dijadikan cerita, hari ni ana saje update blog 
tentang meninggalkan solat jumaat,

Cuba kita lihat kawasan sekeliling kita..berapa ramai yang bergelar islam tetapi hanya islam atas nama,,islam atas IC jee,,

Cube lihat?
Ramai bukan? Inilah yang dikatakan ummat akhir zaman..
Mereka mengaku diri mereka islam,,tetapi secara zahirnya mereka kufur!

mereka tidak dapat membezakan antara "TAHU" dan "SEDAR"..
Mereka tahu mereka islam,,tapi mereka tak sedar..

Nak tahu tak? Islam ni sebenarnya datang dalam keadaan pelik,,
dan sesungguhnya Islam ini akan kembali pelik di akhir zaman kelak,,

Islam ni merupakan satu cara hidup yang lengkap!

Orang yang meninggalkan solat jumaat dalam keadaan sengaja:-

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadits riwayat Abu Ya‘la)

Kepentingan solat jumaat yang diceritakan dalam surah Al-Jumu'ah:-

Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)

Saranan Rasulullah S.A.W:-


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.


Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
Jadi In Shaa Allah Apa yang kita dapat dari ucapan ringkas ini dapat kita ubah dan menginsafi diri kita,,
Sesungguhnya kita ini adalah manusia yang tidak pernah lari dari mlakukan kesalahan,,
Tapi ingat! Kesilapan yang kita lakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan diri,,
Jika kita hendak menasihati orang,,ingat! nasihat Bilhikmah! pastikan nasihat yang kita beri itu mencerminkan smula diri kita agar tidak timbul perasaan riak,ujub dan takbur yang menybabkan manusia bangga pada diri sendiri dan lupa pada Allah~
Wallahu A'lam...
Sahabat Ukhuwah Fillah Abadan Abada..11A+ 
SPM Candidates--> KeSaBaRaNkU YaNg TeRpUjI '2013'


No comments:

Post a Comment