Saturday, 9 February 2013

INSAN BERGELAR MANUSIA ^_^


MUSLIMAH

Assalamualaikum Sahabat-Sahabat semua.... 
Kaifa Haluk? Alhamdulillah Jiddan! Ana terpanggil nak update blog hari ni..Tahun Baru Cina Ni ^_^ ...

Alhamdulillah..Mari kita merafakkan kesyukuran terhadap Allah S.A.W yang masih lagi memberi kita nikmat kehidupan pada hari ini ye :D

Hmmm..cube teka,,tajuk blog Ana kali ni ape yee?? tajuk kali ni berkaitan dengan kita semua,,iaitu insan bergelar manusia :) 
Manusia?? Common kita dengar tentang manusia betul? Siapa itu manusia? Apa tujuan Manusia Diciptakan? Siapa yang menciptakan manusia? Apa sifat Manusia?



Semua pertanyaan diatas tadi Allah sudah pun mengetahui sejak Azali lagi..Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui..

Ingatlah Duhai Insan bergelar Manusia! Kehidupan didunia ini hanya pinjaman semata-mata..Kita hanya ibarat pelakon sahaja di muka bumi ini..Diakhirat kelak akan ditayangkan semula perbuatan kita dimuka bumi ini.. :')
Akhirat lah yang kekal selamanya...

Allah S.A.W berfirman mafhumnya:-

"Tidak Aku Ciptakan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Beribadat Kepadaku"

Sesungguhnya Manusia ini bersifat lemah dan memerlukan Allah sebagai pendamping ketika senang,,susah,,sedih,gembira,, :')
Bayangkan duhai sahabat2..

Allah kurniakan kita pelbagai nikmat yang banyak,,Nikmat Melihat,,nikmat mendengar,,,nikmat bernafas,,nikmat bercakap dan lain-lain..

Tiba-tiba Allah tarik salah satu nikmat yang Allah kurniakan,,iaitu nikmat melihat..Sudah tentu kehidupan kita jadi tidak terurus..Sedangkan kalau Allah beri kita sakit mata(tarik nikmat mata) sekejap jee pon kita dah berkeluh kesah,,,Apatah lagi jika Allah Tarik nikmat melihat selama-lamanya,,,

Betapa beruntung nye kita sebagai manusia..
Setiap dosa yang kita lakukan,,Allah sentiasa menerima taubat seseorang hambaNYA itu..Betapa sayang dan Cintanya Allah kepada kita!

Tetapi setarakah cinta kita terhadap Allah?
"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai Allah melebihi segala-galanya"

Kalau kita lihat dunia hari ini,,manusia sudah tidak seperti manusia,,Mereka mempunyai akal fikiran tetapi mereka tidak gunakannya,,

Kita lihat anak gadis zaman sekarang,,Pakaian mereka bagaimana?
Mereka berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan!Mereka itu BUKAN menutup aurat tetapi mereka MEMBALUT aurat mereka,,
Subhanallah... :'(

Sedangkan dah digambarkan dari dulu lagi..."Akan tiba di satu zaman dimana perempuannya memakai pakaian tetapi telanjang,,dan dibelakangnya terdapat cemeti-cemeti seperti ekor unta"

Berpakaian tetapi telanjang?? dah TERBUKTI kata2 itu adalah benar belaka!
Dimana Letaknya SIFAT MALU duhai muslimah?

"Al Hiya' La ya'ti Illa Bikhair"
(sifat malu itu tidak mendatangkan apa-apa kecuali kebaikan)

Dimana letak malu mereka dihadapan manusia?? Dimana letak malu mereka dihadapan Allah?

Ana ada mendengar satu hadith Nabi yang mungkin bunyinya seperti ini:-
"Aku melihat kedalam syurga dan kebanyakkan Ahlinya adalah para fuqara'(fakir miskin) dan Aku melihat kedalam neraka dan kebanyakkan ahlinya adalah para Wanita"

Nabi S.A.W sendiri melihat didalam neraka kebanyakkan ahlinya adalah para wanita...

So, wanita! korang tak nak masuk syurga ke? Berubahlah....
Berfesyenlah mengikut acuan Allah,,,,itulah fesyen yang terbaikk! ;)



 Lelaki pula jangan ingat takde lelaki ke neraka ye,,,Ingat janji Allah!
Janji Allah tetap akan berlaku,,,

Allah menjanjikan balasan baik kepada orang yang melakukan kebaikan,,dan Allah menjanjikan balasan buruk kepada orang yang melakukan kejahatan,,,
Allah itu Maha Adli!!

Wanita adalah sebaik-baik perhiasan Dunia! :)

Jaga maruahmu! Jaga peribadimu! Jaga perilakumu! Jaga tutur katamu! Jaga Auratmu! Jaga dirimu!

Sanggupkah kamu dijilat Api Neraka??

Allahuakbar..

Lelaki jika sudah tahu wanita akhir zaman ini suka mendedahkan aurat maka jagalah pandangan kita ye,,Ana pon Lelaki!

Sama-sama kita jaga pandangan ye,,,pandang sekali nikmat,,pandang dua kali HARAM!

hehehe...

Allah S.A.W berfirman:-

"Kullil Mu'minin Yaghuddu min absorihim wa yahfazu furujahum,,Zalika Azka Lahum,,Innallaha khabirum bima yasna'un"

Surah An-Nur : Ayat 30

Dalam ayat diatas,,Allah pesan kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka,,kerana sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka...

Jadi In shaa Allah..Ana pon dah penat menaip je dari tadi,,semoga apa yang antuma bace ini dapat menambahkan pengetahuan antuma,,,

jangan sampai menambahkan pengetahuan je,,,praktikkan sekali dalam kehidupan seharian kita ye,,

In Shaa Allah..,.Wallahu a'lam..

Credit untuk insan Istimewa membacanya :D Hopefully laa :p

Sahabat Ukhuwah Fillah Abadan Abada :D






3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete