Friday, 1 February 2013

MENGHAYATI CIPTAAN-NYA :)

ASSALAMUALAIKUM

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu tuhan..

Kerna kau yang satu
yang setia bersamamu
Dikala ku jatuh
Ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisiku selalu
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu
 ku tahu ku adaMu
 ku adaMu selalu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan…


Antuma semua tahukan ni lagu siape? Inilah lagu Najwa latif,,Ada Mu..

Lagu ni kalau kita fahami maksudnya mesti kite dapat rasa mesej yang ingin disampaikan..
First ana dengar lagu ni memang best ! 
Cuba kita hayati ciptaan Allah disekeliling kita?

Menarik kan? Pernah tak kita terfikir? 
Kalau pernah Alhamdulillah,,Hari ni kita sibuk dengan perkara-perkara laghah sehingga terlupa untuk berterima kasih pada Allah..

Lihat pada langit yang Allah ciptakan tanpa tiang,,
Lihat pada pokok-pokok yang Allah ciptakan,,
Lihat pada diri kita sendiri sebagai manusia yang Allah ciptakan,,

Bukankah itu semua sudah cukup membuktikan betapa hebatnya,,betapa berkuasanya Allah S.W.T..

bayangkanlah jika semua nikmat yang Allah kurniakan pada kita sekarang ini
ditarik balik?
Rasa-rasa bagaimana keadaan kita?

Sedangkan Allah tarik sekejap jee nikmat kita melihat (sakit mata) ...itu pon kita dah kelam kabut dan mengeluh..

Apatah lagi jika nikmat-nikmat yang lain jika ditarik oleh Allah,,
Allahuakbar..
Betapa kita sangat memerlukan Allah dalam kehidupan kita.. :'(


Kagumlah kita dengan ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya,,Alhamdulillah..


Cuba kita renungkan kembali diri kita,,,

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat sakaratul maut?
Adakah kita sudah bersedia untuk disoal dengan malaikat munkar dan nakir?

Jika belum maka persiapkanlah diri Antuma semua,,,kerana ingatlah sesungguhnya mati itu pasti,,
dan apabila datangnya malakul maut untuk mencabut nyawa,,ia tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat..

kita ini manusia Akhir zaman
Masih adakah dalam diri perasaan ingin berjihad dijalan Allah?
Sedangkan Nabi sendiri berkata dimana umat akhir zaman ini akan dihantui dengan penyakit

"WAHAN"

Iaitu cintakan dunia dan takutkan Mati
So, kita fikir-fikirkanlah,,sudah cukupkah amalan kita untuk dihisab dan dihitung kelak?
Sentiasa Ingat Mati!!

SALAM UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA ^_^

No comments:

Post a Comment