Assalamualaikum ^^
Updating..Updating...Updating..inilah tajuk kita!
orang dengki ngan kita? huh! tak payah layannnn xD
"Wa in Tusbiru (jika kamu bersabar)...
Sabar dengan siapa? dengan orang yang dengki dengan kamu..
yang seronok apabila musibah menimpa kaum muslimin, yang susah hati apabila nikmat didapat oleh kaum muslimin..
penyakit perangai itu yang tak puas hati dengan nikmat orang yang dapat dari Allah..
Wa in Tusbiru! kalau kamu ya mukmin, bersabar dengan perangai mereka, kamu tak boleh nak lawan mereka dengan berdebat kepada mereka kerana sifat hasad mereka
SABAR SAJA, TAK PAYAH LAYAN KEPADA MEREKA !
Kata Sya'ir mengatakan :
" Usbir ala mudhodil hasudi fainna sobraka zatiluhu An-naru ta'kulu nafsaha illam tajid ma ta'kulu"
Usbir! Sabarlah kamu, gunakan senjata sabar ketika kamu hadapi orang yang hasad dengki
ala mudhodil hasudi ! kepada maraknya api hasad daripada orang yang hasad
cukup daripada buruknya hasad ini Allah suruh kita berlindung didalam Al-Quran daripada bahaya orang yang hasad bilamana menghasad!
"Wa Min Syarriha sidin Iza Hasad"
(Dan kami berlindung kepadamu ya Allah daripada bahaya orang yang hasad dengki bilamana menghasad)
Sebab ape?
Sebabnyaaaa ini adalah bahaya paling besar yang ada pade seseorang yang membela penyakit hasad dengki ini didalam hatinya.
Sudah la penyakit? malah dibela pulak?
hohoho..
bacalah Surah 3 Qul itu, Baca Surah Di dalam Al-Quran !
Fainna Sobraka zatiluhu! sesungguhnya kesabaran kamu itu, merupakan senjata untuk memadamkan / membunuh kepada hasad yang ada kepada orang itu
An-Naru ta'kulu nafsaha ! itu api akan makan dirinya sendiri
illam tajid ma ta'kulu ! kalau tiada yang dimakan, api kalau menyala dan diletakkan kayu, maka makin dia marak ..
Sama lah macam orang hasad, apabila dilayan makin marak hasad dia .. kita yang kasi marak hasad dia
Sabarlah! itu senjata nak bunuh hasad dengki!
Umpama Api yang akan memakan dirinya sendiri bilamana tiada benda yang nak dimakan..
Wa in Tasbiru ! kalau kamu sabar
Wa za Taqqu ! dan bertaqwa kepada Allah, La Yadhurru kum kayduhum ! tidak akan memudharatkan kepada kamu hasad dengki mereka, tipu muslihat mereka yang orang lain tak tahu, tidak akan mudharatkan kamu...
gembiranya mereka apabila kamu ditimpa musibah, tidak akan mengubah RAHSIA yang Allah letakkan dalam musibah itu!
sedihnya mereka kepada nikmat yang menimpa kamu tidak akan mengubah status RAHSIA yang Allah simpan dalam nikmat yang Allah beri kepada kamu..
Jangan kamu risaukan tentang gembiranya mereka, atau sedihnya mereka..
JANGAN LAYAN MEREKA ! ^_^
Percayalah, apa yang Allah simpan itu jauh lebih baik ..
Maka Bersabarlah dengan Sabar yang Cantik dan Sempurna
Moga Allah Redha..
buat yang baca post ini, doakan aku berubah lebih baik ^^
Doakan aku dan rakan berjaya dimasa hadapan ^^
Syukran Ala taqra'u haza blog ! ^_*
Doakan aku dan rakan berjaya dimasa hadapan ^^
Syukran Ala taqra'u haza blog ! ^_*
Fi Hifzillah ~~~~
betul tu ..
ReplyDelete