Sunday, 27 July 2014

Taqabballahu Minna Wa Minkum ^_*

Assalamualaikum :)

entry kali macam syok sikit jaaa kan.
*Tap Tup* 
pejam celik. eh? tetiba dah nak rayaaaaa..

sekejap je kan? percayalah. tak de feel nak raya tahun ni~
Tapi takpe lah. Masakan tidak gembira sambut hari kita berjaya melawan nafsu? :)

pasti gembira bukan? dalam kegembiraan hari raya, jangan lupa saudara kita.
*Dush Dush*

tembak doa ke mereka agar mereka kuat. 
Agar mereka tabah.
Agar Mereka Cekal. Menegakkan agama Islam.

Kita sebenarnya berhutang dengan mereka :')

Okey. 
Di kesempatan ini Saya Muhammad Sobri Bin Said Memohon seribu kemaafan jika terkasar bahasa, terlanjur kata, tersalah perbuatan secara langsung ataupun tidak.


kerana apa?

bagi sob, memaafkan memang sama sekali tidak akan mengubah masa lalu, tapi yang pastinya ! Pasti akan memudahkan masa hadapan.

percayalah. Orang yang memaafkan adalah mereka-mereka yang cukup hebat.

tapi ada lagi hebat dari memaafkan.

Nak tahu apa?


mereka yang memaafkan dan boleh melupakan kesilapan itu.
itu ke hebat?

ada lagi hebat !
nak tahu apa?

mereka yang mampu memaafkan, boleh melupakan kesilapan itu, dan BOLEH MEMBALAS KEBAIKAN kepada seseorang yang melakukan kesilapan itu..

itu baru the best among the best .. right?


Ini Ditujukan Khas buat Semua Rakan,Teman,Sahabat,Sodiki,Taulan, Dan yang sewaktu dengannya.

Moga Ramadhan yang dah berlalu ini menjadi antara ramadhan terbaik dalam hidup kita. 
Fi barakatillah.

remember. Last terawih. Last puasa.
tak beerti berakhirnya ibadah kita.
ibadah mesti still proceed cam biasa.. lillahi ta'ala.

and last but not least.

jom doa akhir ramadhan :))

DOA AKHIR RAMADAN;

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya Allah...
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yg terakhir dlm hidup ku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa ku ini sebagai puasa yg dirahmati, bukan puasa yg sia-sia.

Seandainya masih ada pd ku dosa yg belum Engkau ampuni dan dosa yg menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar mlm ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yg Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.

Ya Allah...
Terimalah puasa ku dgn sebaik2 penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu. Sehingga Engkau memenangkan aku dgn segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yg Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan aku didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam dan dosa yg berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan aku kedalam golongan org2 yg mendaptkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Mlm yg telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan ku dgn Ramadan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir ku. Moga aku dpt kembali bertemu pd Ramadan mendatang dlm keadaan penuh harapan dan kesejeteraan.

آمــــــــــــــــــين
يا ربّ العالمين

Teruskan Perjuangan Antum Semua. Ya Akh Wa Ukht


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Taqabballahu Minna Wa Minkum!

Minal Aidil Wal Faizin!

Fi Hifzillah!

jangan main mercun. Main Pop pop saja ya ! ;)

Pesanan ikhlas kepada seluruh warga :-

Tadika Jaim Peringgit
Tadika Jaim Pasir Puteh Bachang
SRA Pasir Puteh Bachang
SK. Batu Berendam
SMKA Sultan Muhammad
SBPI Selandar
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 



Happy Eid Day Mubarak Semua !  :)
Jemput Hadirkan diri anda kerumah   :*

No comments:

Post a Comment