Assalamualaikum!
okey, today jalan-jalan, then ternampak pasal TAQWA?
Fahimtum? ala Hazihil Kalimah?
Fahimtum? ala Hazihil Kalimah?
Ma ma'na TAQWA?
Taqwa ni diibaratkan apabila kamu berjalan di suatu kawasan yang penuh berduri, bagaimana kamu berjalannya? iaitu dengan berwaspada dan berhati-hati..maka itu lah taqwa ^^
Apakah itu Taqwa? Kata Saidina Ali, memberikan sifat taqwa dalam beberapa bahagian..
ada 4 sifat kepada orang yang dapat gelaran taqwa!
yang pertama?
1. Al-Khaufu Minal Jalil
(Takut Kepada Allah, yang ada sifat takut kepada Allah)
2. Wal Amal Bi tanzil
(Mengamalkan apa yang diturunkan oleh Allah, maknanya, mereka baca Al-Quran, mereka fahami Al-Quran, Apa yang Allah suruh kita ketika kita baca Al-Quran,kemudian kita amalkan, maka dia orang yang bertaqwa.)
3. Al-Ridha Bil Qalil
( redha, redha ini sifat kepada hati, redha itu sifat puas hati, dengan apa? dengan pemberian Allah, walaupun sikit, mereka tak komplain kepada Allah)
Allah, Aku hadir Majlis taklim, aku pergi ibadah,dah buat doa selamat, tak dapat juga naik gaji ya Allah (orang yang tak redha dengan ketentuan Allah)
Habbah iza barakallah tu lazzi hubub
(jika sebiji diberi berkat oleh Allah, akan membuahkan banyak biji)
Yang penting kepada rezeki itu adalah barakah :)
bukan kuantiti banyaknya berapa..
habbah (sikit,satu) , tapi kalau diberkati boleh cukup !
habbah (sikit,satu) , tapi kalau diberkati boleh cukup !
banyak, kalau tanpa berkat, tetap TAK cukup !
izan ! Al -Ridha bil Qalil , Redha Walaupun sikit ^^
"Qolilukalayuqoluqolilu"
Bagi orang yang beriman akan melihat pemberian yang datang daripada Allah,walaupun sedikit, tidak dipandang sikit selagi datangnya daripada Allah..
4. Al-Isti'dad li yaumil rahil
(Bersiap sedia untuk hari kematian)
Sentiasa sedia untuk hadapi mati, kerana kita mesti percaya bahawa kematian itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja..
tidak akan dilewatkan sesaat, tidak akan dicepatkan sesaat
Wallahu A'lam.. :)
No comments:
Post a Comment