Saturday, 15 March 2014

JALAN MENUJU KESEMPURNAAN ^_^

USTAZ DATUK HJ.AHMAD MUSTAFA BIN HJ. KARIM  
MANTAN PENGARAH JAKIM

7.30 MALAM (15/3/2014) (Sabtu)

MASJID ASYYAKIRIN PASIR PUTEH, BACHANG, MELAKA

TAJUK :- JALAN MENUJU KESEMPURNAAN

Ø  Kita ni manusia yang tidak sempurna, yang sempurna hanyalah Allah, manusia yang sempurna hanyalah Nabi Muhammad S.A.W yang maksum (terhindar dari dosa)

Ø  Kita ni manusia pendosa tanpa noktah.

Ø  Bila kita nak jadi sempurna, memang tak boleh , tapi kita boleh menuju dan melangkah kejalan kesempurnaan

Ø  Pertama, kita mesti kenal siapa diri kita. Kita sibuk bertanya perihal sifat orang lain, tetapi berapa banyak kali kita Tanya “Siapa Aku Ni?”
Ø  Selagi kita tak kenal siapa diri kita, selagi itu kita belum tiba menuju jalan kesempurnaan.
Ø  “Man Arafa Nafsa, Faqad Arafa Rabbah” – Siapa yang kenal diri dia sendiri, beerti dia akan kenal Allah
Ø  Sebelum kita lahir ke bumi, kita janji dengan Allah bahawasanya aku adalah hambaMU dan engkau adalah Tuhanku.
Ø  Kita sentiasa perlu mentajdid (Memperbaharui) niat kita kerana Allah semata-mata

Ø  Bila kita nak tuju jalan kesempurnaan, yang pertama kita mestilah :-
1.     Berpegang teguh dengan Agama Allah

Ø  Imam Al-Ghazali ditanya “Apa itu agama?” – lalu dia menjawab, agama itu ada dua, lakukan apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah larang.
Ø  Rukun Agama ade 3:-

1.     Islam – Bawalah agama islam ini sampai akhir hayat kita. Biar kita mati dalam keadaan islam! Menegakkan Agama Allah.
2.    Iman – Iman adalah akar tunjang dalam kehidupan seseorang. Kalau iman rosak, maka rosaklah diri kita. Sentiasa bawa iman kita,kemana jua kita pergi.
3.    Ihsan – Apabila buat sesuatu, seolah-olah kita Nampak Allah, kalau tidak pon,Allah Nampak kita.
Ada satu kisah 40 anak murid yang nak pelajari ilmu Tariqat, lalu tuan guru suruh mereka cari seekor ayam jantan,dan pisau yang tajam..kemudian mereeka bawalah benda tersebut, lalu tuan guru cakap “carilah satu tempat yang tiada siapa pon lihat, dan sembelih lah ayam itu”
Lalu semua cari tempat dan sembelih,kemudian mereka kembali bertemu tuan guru…tapi ada seorang sahaja tidak menyembelih ayam itu…lalu tuan guru tu tanyalah “kenapa engkau tidak menyembelih ayam itu?”
lalu pemuda itu jawab, “puas aku mencari merata tempat yang tiada siapa pun, tetapi aku tahu Allah sentiasa melihat perbuatan ku”
Setelah itu, dialah pemuda yang layak menguasai ilmu Tariqat tuan gurunya…hebatnya sifat IHSAN dalam diri pemuda ini

Ø  Perkara Kedua bila nak tuju jalan kesempurnaan ialah :-
2.    Jadilah hamba yang bersyukur.


                                    Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Ø  Kita muhasabah dan Tanya diri kita, banyak-banyak nikmat yang Allah beri, yang mana kita dustakannya?
Ø  “Waima Syakura, Waima Kafuro” – adakah kamu jadi orang yang bersyukur? Atau kamu jadi orang yang kufur? (iaitu terhadap nikmat Allah)
Ø  Pada manusia ini ada dua perkara :-

1.     Yang cantik padanya ialah AKHLAK
·         Akhlak kena sentiasa hebat dan cemerlang
·         Sedangkan Nabi juga diutuskan untuk sempurnakan akhlak manusia



 Sesungguhnya Aku Diutuskan Untuk Menyempurnakan Akhlak



·         Jadilah pemuda yang berakhlak tinggi

2.    Yang Paling mahal ialah maruahnya.
·         Jika maruah hilang, tidak dapat dikembalikan.
·         Dalam Surah Al-Mu’minun ayat kelima juga ada menyatakan :-




Dan orang-orang yang menjaga maruah mereka.. (mereka tergolong dalam orang beriman yang Berjaya)

Ø  Perkara Ketiga nak tuju jalan kesempurnaan :-
3.    Hendaklah jadi manusia yang baik hubungan dengan Allah dan Manusia

“hablu MinAllah, Hablu Minannas”

Ø  Kata Saidina Ali :- “ Kamu melakukan dosa sebanyak mana pun dengan Allah, jika kita mohon keampunan, Allah akan ampunkan, tetapi jangan sesekali kita lakukan dosa terhadap manusia, kerana selagi manusia itu tidak memaafkan kita, Allah tidak akan mengampunkan kita.”
Ø  Jika kita nak hebat dunia, carilah ilmu dunia..Jika kita nak hebat akhirat, carilah ilmu akhirat..Jika kita nak hebat keduanya, carilah kedua-keduanya
Ø  Ada ilmu, berkongsilah, beraamal lah dengan ilmu yang ada
Ø  Kata Aisyah :- Siapa yang mengaku dirinya pandai, maka dialah sebodoh-bodoh manusia..
Ø  Kata Luqman Al-Hakim :- “jangan kamu biasa rapat dengan orang-orang yang bodoh kerana akhir nanti, kamu akan menyesal”

Ø  Perkara keempat nak tuju jalan kesempurnaan ialah :-

4.    Kita hendaklah ada kekuatan untuk melawan nafsu.

Ø  Jin dan syaitan, kita boleh buang dari dalam diri kita kerana mereka hanyalah penumpang, tetapi NAFSU, kita tidak boleh buang kerana ia memang ada dalam diri sejak kita lahir.

Ø  Malaikat izrail kata kepada Nabi Ibrahim :- “Wahai Manusia! Apabila umur kamu mencecah 40 tahun, bersedialah untuk beramal, Wahai Manusia! Apabila umur kamu mencecah 50 tahun, waktu itu adalah umur menuai manusia, Wahai Manusia! Apabila umur kamu mencecah 60 tahun, jangan kamu berani nak buat maksiat kerana jika kamu berani nak lakukan maksiat, beerti kamu sengaja menempah neraka Allah.Wahai Manusia! Apabila umurmu mencecah 70 tahun, mintalah doa pada Allah,janganlah Allah nyanyukkan kita”

Ø  Shiekh Abdul Kadir Jailani :- Beliau merupakan seseorang yang diiktiraf sebagai Waliyullah (anak kepada Abu Musa As-Soleh (yang tidak buat benda haram))

Ø  Shiekh Abdul Kadir jailani Waliyullah ini berkata :- “ Aku pujuk nafsu aku selama 30 tahun untuk mnghadap Allah (mengasingkan diri) “

Ø  Menuju jalan yang Sufi

Ø  Perkara yang kelima menuju jalan kesempurnaan ialah :-
         5. Sentiasa ingat kematian

Ø  Hal kematian ini ada 3 perkara yang manusia tidak tahu :-
         1. Bila?           - bila manusia akan mati itu adalah ketentuan Allah
         2. Dimana?     – dimana kita akan mati, itu Allah yang tentukan..kita doa
                                  supaya kita mati ditempat yang baik..maka jangan lah  
                                  buat maksiat jika kita tak nak mati ditempat maksiat.
         3. Bagaimana? – bagaimana keadaan kita mati kita tidak akan tahu..itu
                                  sebab kita selalu berdoa agar kita mati dalam keadaan
                                  “Husnul Khotimah” (pengakhiran yang baik)

Ø  Abu Darda’ berdoa kepada Allah tentang perihal 3 perkara :-

§  Ya Allah Miskinkan Aku (beliau berkata “bila aku miskin,aku tidak banyak disoal diakhirat nanti..Kerana sesungguhnya orang kaya itu akan banyak dipersoalkan diakhirat kelak”)

§  Ya Allah Sakitkan Aku (beliau berkata “ bila aku sakit aku akan bersabar dan sabar itu menambahkan keimananku..Selain itu, sakit juga adalah kifarah terhadap dosa-dosa ku”)

§  Ya Allah Matikan Aku ( beliau berkata “bila aku mati aku dapat bertemu dengan Allah”)



Wallahu A’lam~
Syukran Lak ^_^
______________

No comments:

Post a Comment