Thursday, 2 January 2014

TaHuN 2014 >_< TaHuN TinGkaT KeImaNan :)


Sesungguhnya Manusia Sifatnya Pelupa walau disogok seribu nasihat setiap masa, hati tetap sukar ditembusi kerna dosa-II, menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA! :'(

Assalamualaikum Sahabat-II ;)
Ini post ana yang pertama untuk tahun 2014 ,,tahun Tingkat keimanan ^_^

Tahun ni genaplah umur ana 18 tahun :)
SubhanAllah,,sungguh masa berlalu dengan pantas~

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian ..
Dalam hidup ini sebenarnye kan ape yang manusia cari?
Adakah kekayaan?Pangkat?Darjat?

Pokoknya! segala ape yang ana coretkan diatas tidak sama sekali tujuan utama kita diciptakan diatas muka bumi ini >_<


Semua benda yang ana sebutkan tadi, seperti kekayaan,darjat,pangkat adalah permulaan tingkat ujian Allah terhadap kita :)
Sejauh mana nilai kesyukuran yang kita letakkan dalam diri kita?
Adekah syukur sekadar dibibir? Adekah syukur sekadar lafaz?

Syukur!Syukur! Wa Alhamdulillah~
Secara Amnya yang ana dapat simpulkan~ Syukur ade 4 peringkat laluan ~
eh? dah macam laluan fast track ke University dah~
memang pun! sebab hebatnye kalimah "Alhamdulillah" ini hanya boleh ditafsir dan dinilai oleh Allah S.A.W :)

Peringkat yang pertama! Syukur dengan Hati?
mesti awak..awak..dan awak tertanya? bagaimana syukur dengan hati?

Syukur dengan hati ni macam lebih kurang kita menyedari bahawa segala nikmat yang kita peroleh,,tak kisah lah,,kecik ke? besar ke? segalanya kerana datang dari anugerah Allah :)


Yang kedua Syukur dengan lisan~
kaifa tasykur bi lisanih?

Ayuwaaa..Bersyukur dengan lisan ni bermaksud 

Ketika hati seseorang sangat yakin bahawa segala nikmat yang ia peroleh bersumber dari Allah, maka spontan ia akan mengucapkan “Alhamdulillah” (segala puji bagi Allah).

Kerananya, apabila ia memperoleh nikmat dari seseorang, lisannya tetap memuji Allah.

Sebab dia yakin dan sedar bahawa orang tersebut hanyalah perantara yang Allah kehendaki untuk “menyampaikan” nikmat itu kepadanya.

Hebat tak? hanya dengan lisan sahaja kalimah ALHAMDULILLAH itu dapat menunjukkan kehebatan dan faedah kesyukuran kepada Allah terhadap Kulli hal wa nikmah! :)


Pada saat kita memuji seseorang kerana kebaikannya, hakikat pujian tersebut harus ditujukan kepada Allah S.W.T.


Sebab, Allah adalah Pemilik Segala Kebaikan




satu dua dah..okey ;)
Seterusnya yang ketiga?

Bersyukur dengan perbuatan~
kaifa tasykur bil fe'el?

Okey~  
Syukur dengan perbuatan bermaksud segala nikmat dan kebaikan yang kita terima harus dipergunakan di jalan yang diredhaiNya.



Contohnya macam ape? seperti beribadah kepada Allah, membantu orang lain dari kesulitan, dan perbuatan baik lainnya.


Inilah dikatakan Syukur dengan perbuatan! sekalang kalian tahu kan? Praktikkan lah!
sungguh! nilai kesyukuran terhadap Allah amat penting >_<


Nikmat Allah harus kita gunakan secara kreatif dan profesional laa :3 dan tidak berlebihan untuk berbuat kebaikan.

Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa Allah sangat suka melihat nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.A.W yang bermaksud :-


“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)”

(QS. Adh-Dhuha: 11).

Sungguh panjang huraian ketiga ni :)
tapi takpelah~ilmu tidak akan pernah habis dikongsi...

Sungguh ilmu yang bermanfaat akan bermanfaat apabila kita mati kelak :')


Dan yang terakhir~ Ar-Rabi'ah(4)

yang keempat ialah bersyukur dengan kaedah atau cara seperti menjaga nikmat dari kerosakan :)



Ketika nikmat dikurniakan oleh Allah, hendaklah kita gunakan ia sebaik mungkin!
jangan sesekali kita KUFUR NIKMAT!! :')

usahakanlah sedaya upaya sahabat-II semua untuk menjaga nikmat itu dari kerosakan.

Contohnya: Ketika kita dianugerahi nikmat kesihatan, wajib kita menjaga tubuh untuk tetap sihat agar terhindar dari sakit.
so, janganlah makan makanan yang boleh menjejaskan kesihatanmu kawan-II ;)




Budak-II pon reti bersyukur :P



" Wa La talku Biaydikum Ila Tahlukah"
jangan kamu mencampakkan diri kamu kelembah kebinasaan"
syukurlah dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan~

Bagaimana pula dengan nikmat iman dan Islam? macam biase bohhh :P
 kita wajib menjaganya dari “kerosakan” yang disebabkan pengingkaran, pemurtadan dan lemahnya iman.






Sungguh! kawan-II !! ~ Allah menjanjikan ganjaran pahala terhadap orang yang sentiasa bersyukur kepadaNYA :)

Seperti dalam firmanNYA :

“La'insyakartum la'aziidannakum wa la'inkafartum 'inna 'adzaabii lasyadiid”


(“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKU), sungguh azabKU sangat pedih")

(QS. Ibrahim: 7).


Sungguh! Ana dah penat -_- ..
ini sahaje yang mampu dicoretkan untuk malam ini
12.09 malam
3/1/2014

Semoga tahun baru ini Kite update lah Azam kita~
yang mane azam tahun lepas tak tercapai..
It's okey :)
kite proceed sambung untuk tahun ni :)

Nak berubah bila-II masa je boleh :)
Selagi kita hidup, Allah terima taubat kita :)

In Shaa Allah~ Assalamualaikum
dan Selamat malam

lailan Saidan :)








No comments:

Post a Comment