Assalamualaikum :’)
Hari ni akh nak share satu kisah
mujahidah yang sangat sedih :’)
Akh kagum dengan mujahidah ini~
jujur! Akh baca kisah ni, tiba-II mengalir air mata ~
Hebatnya mujahidah yang diberi nama HAJAR ini :’)
Semoga Allahyarhamah ini ditempatkan bersama orang-II beriman ~
Amin :’)
Al-Fatihah~
Akh kagum dengan mujahidah ini~
jujur! Akh baca kisah ni, tiba-II mengalir air mata ~
Hebatnya mujahidah yang diberi nama HAJAR ini :’)
Semoga Allahyarhamah ini ditempatkan bersama orang-II beriman ~
Amin :’)
Al-Fatihah~
Nama diberi Hajar~
berumur 20 tahun saat dijemput oleh sakaratul maut :’)
telah pergi bertemu ilahi pada 20 januari
9.20 pagi~
berumur 20 tahun saat dijemput oleh sakaratul maut :’)
telah pergi bertemu ilahi pada 20 januari
9.20 pagi~
Tarikh yang sama perginya seorang
mujahadah islam!
iaitu Allahyarham Ahmad Ammar :’)
iaitu Allahyarham Ahmad Ammar :’)
Ni kisahnya :’)
memang kisahnya agak panjang :’) tapi bacalah~
akan timbul satu perasaan yang anda akan rasa :’(
Sungguh! Demi Allah! Aku menangis membaca kisah ini kerana melihat diriku yang masih teruk :’(
sedangkan kiamat semakin tiba :’(
memang kisahnya agak panjang :’) tapi bacalah~
akan timbul satu perasaan yang anda akan rasa :’(
Sungguh! Demi Allah! Aku menangis membaca kisah ini kerana melihat diriku yang masih teruk :’(
sedangkan kiamat semakin tiba :’(
Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti
Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke
rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa
selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di
bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya
iaitu Puan Nuraini Che Mat . 6 Jan 2013 (Ahad) Kami dapat panggilan telefon
mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai
pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu. 7 Jan 2013 (Isnin) Hajar
dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor
mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit,
wang kami tidak mencukupi’ 8 Jan 2013 (Selasa) Gerakan mengumpul derma utk
pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari.
Pukul 6 ptg, pembedahan selesai. 9 Jan 2013 (Rabu) Kesihatan Hajar baik sebelah
pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat
untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab
sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan
ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan
kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan
berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di
luar negara. 10 Jan 2013(Khamis) Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan
ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi
matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim
salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam
biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada
dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada
yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara
sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah
kepadanya. Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk
rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah
jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang
menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10
minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang
menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh
seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah. 11 Jan 2013
(Jumaat) Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup
sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia.
Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis
airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan
Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka. Solat Hajat
dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri
menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis
Perwakilan Pelajar . Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat
luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia
dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat
menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan
pernafasannya tidak stabil. 12 Jan 2013 (Sabtu) Doa dan kata-kata peransang tak
henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan
pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke
badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua
tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan
menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat
diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan
meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar
di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3. 13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan
situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan
sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA.
Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat
setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding
dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak
lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU
DUSTAKAN? Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita
dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia
yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang
tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui
Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah
nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun. Takada rahsia lagi. Dia dah tahu
dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya
yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa
keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup,
katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi
tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan
kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar
tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali
dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak,
azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar,
Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa
berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu
gaknya…” jawabnya naif’ 14 Jan 2013 (Isnin) Sebelah siang Hajar demam.Batuk2
Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin
tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan
belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar
menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta
bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut.
Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang
menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir
lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh
keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha
menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam
barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg
teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil. Bila dah
tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon
bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia
sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung
yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian,
dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia
yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa
dan demam mula menurun.SUBHANALLAH. Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang
menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab
“Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau
percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia
tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi
sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa
nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami
saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu.
Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan
nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia
memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang
dinikmatinya. 15 Jan 2013 (Selasa) Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya.
Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula
beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan,
Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup
ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut
teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi
kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata,
“Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan
hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari
yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN) Tekak Hajar masih terasa sakit –
perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya
perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan
sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan”
Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya
berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”.
“Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya
tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum
air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah
akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak? Malamnya, dia kena
makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit
untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang
pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas.
Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti
itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2
yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk
Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong. Bila Doktor
pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah,
makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil
darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit
tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah
ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya,
tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya
doktor lain pula mengambilalih. 16 Jan 2013 (Rabu) Usai solat subuh, saya
dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan
bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak
muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari
mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi
muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan
tengahari itu, memang takada pelawat yang datang. Menjelang maghrib, dia suruh
ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak
tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah
boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula
pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse
sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia
kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak
muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah
dan dia datang bantu. Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya
hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian
muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya
macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman
akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan
dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah. Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak
dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak,
sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang,
akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak,
bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan
sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan
rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan
air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak
redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu
tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah,
besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang
akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak
akak” Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2,
dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar
pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan
puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.
Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan. Kami tanya lagi. “ susah ke
rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.”
“Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu
dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa
macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya
dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis
qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin
Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut
dan usus besar membengkak teruk. 17 Jan 2013 (Khamis) Situasi kritikal. Tak
mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus.
Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada
kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.
Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang
terbaik untuknya. Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut
yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub
dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih
1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan
itu diketahui. Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya
dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa.
Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat
sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga
akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..”
“memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun
diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2
membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat
dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia
dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh
saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok
apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah
sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak
lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia
terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak
pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar
Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila
dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera
saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak
menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan
menaikkan tekanan darah. Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak.
Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami
berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid. Hajar segera dibius dan getah
saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses
pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia
terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi. 18 Jan 2013 (Jumaat) Kami dimaklumkan
ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah
bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti
berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak
prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di
dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat
sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun
jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1%
sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di
paparan skrin tu terasa semacam gimik. 19 Jan 2013 (sabtu) Doktor pakar usus
mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk
mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar
diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak
dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani.
Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta
tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir
dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi,
kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut.
Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk. Belumpun sempat
selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar
yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih
tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan
kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni
organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya
merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana
keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh
berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan.
Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang
boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan
cuci darah dijalankan kerana risikonya besar. Tak lama lepas tu, pakar usus
pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar
diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya
TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan
tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami
berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang
pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan
jika jantung terhenti lagi. Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan
Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya
akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala
ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh,
menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit,
tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan
tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana
toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri. Selepas itu, doktor terus
mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana
Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga
telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan
bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir 20 Jan2013
(Ahad) Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat
kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak
kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia
dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang
lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah
meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan
kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap
anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan
limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu
ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan
lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau.
Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang
mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi
tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur
menyayanginya…
Sungguh! Ambillah iktibar~
bagaimana sakit dye sekalipun~ dye tetap percaya Allah bersamanya~
Hebatnya beliau~
aku tak mampu menjadi seperti beliau tetapi aku nak sangat jadi seperti beliau..
:’(
Assalamualaikum~
bagaimana sakit dye sekalipun~ dye tetap percaya Allah bersamanya~
Hebatnya beliau~
aku tak mampu menjadi seperti beliau tetapi aku nak sangat jadi seperti beliau..
:’(
Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment