Assalamualaikum!
Okey! dah tinggal berapa hari je lagi kita akan melangkah ke Alam Ramadhan Yang penuh keberkatan :'D
Seronokkan?
"Allahuma Rajab wa Sya'ban wa balighna ya Ramadhan"
^_^
Semoga kita sama2 sempat tiba pada Ramadhan kali ini :D
Cuba kita singkapi kelebihan bulan Ramadhan ini :D
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat
banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud
puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan
dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta
perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam
untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara
yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak
makan dan minum di siang hari.
MALAM LAILATUL QADAR
Laylatul
Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat
istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari
surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di
Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi
malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya
: Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di
sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di
malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah
Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya
(malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya
: " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi
menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya
(tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang
khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
فيوامن يقم ليلة القدر فقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
In shaa Allah..Kita memohon kepada Allah agar dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar Yang penuh makna..
Sesungguhnya amalan kebaikan yang dilakukan pada hari dan waktu itu akan mendapat ganjaran pahala yang LUAR BIASA..
In Shaa Allah~
Sama-sama kita doakan ^_^
Sama-sama kita doakan ^_^
:'D
No comments:
Post a Comment