Sesungguhnya Setiap kejayaan dan kegagalan adalah ketentuan Ilahi,, Usaha yang tinggi belum menjamin masa depan,, Perkara Terakhir adalah Tawakal! In Shaa Allah ^_^
Sunday, 30 December 2012
NIKMAT KEHIDUPAN SEBAGAI HAMBA
Assalamualaikum
Alhamdulillah Kita Bersyukur kepada Allah yang memberi kita nikmat Kehidupan pada hari ini....Sentiasa Ingat! Allah memberi kita nikmat kehidupan pada hari ini bermaksud Allah masih lagi memberi kita peluang untuk bertaubat...Maka gunakanlah Peluang yang Allah beri itu sebaik mungkin....Dalam kehidupan ini Banyak nikmat yang Allah kurniakan...Kadang-kadang Kita salah menggunakan Nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita...Seperti Bagaimana dalam hadith Nabi S.A.W :-
" Nikmatani Maghbunun Fihima Kathiran minannas Assihah Wal Faragh"
Maksudnya:- "Dua Nikmat yang kebanyakan manusia rugi dalam menerimanya..Iaitu nikmat sihat dan waktu
Lapang"
Pernak tak kita terfikir? Kenapa Nabi S.A.W bersabda yang dua nikmat ini iaitu Nikmat sihat dan Waktu lapang Kebanyakan Manusia Rugi? Pernah tak kita terfikir? hmmm...sebenarnya kalau dilihat Zaman sekarang,,,Akhir zaman ini memang benarlah kata-kata Baginda...Kebanyakan manusia zaman sekarang ini adakah mereka gunakan masa lapang dengan Berzikir Ilallah..Adakah waktu lapang mereka isi dengan memberi tazkirah dan peringatan! Tidak kan? Manakala Ketika sihat adakah manusia gunakan nikmat sihat untuk melakukan Ibadah kepada Allah? Tidak kan? So Kita Sebagai manusia fikirkanlah ^_^ .....Sentiasa Ingat setiap dari kita adalah pendakwah (dae'i)..maka tugas kita adalah saling mengingati..
Ana teringat satu hadith tentang "sampaikanlah Ajaranku walaupun sepotong ayat" itu lah tugas kita! Wahai manusia Akhir zaman...Kita ini Adalah Khairu Ummati (ummat Terbaik) tapi kenapa cara kita tidak seperti Ummat Terbaik? Ingat! kita Orang paling Mulia Disisi Allah...Tapi kenapa kita tak jadi seperti itu?
Wahai sahabat-sahabat Ana...Bertaubatlah kalian sebelum pintu taubat tertutup...Dan Ingatlah kalian tatkala Pintu taubat dah tertutup...Walaubagaimana cara Antuma merayu memohon supaya Diberi peluang kali kedua untuk bertaubat....Rayuan itu tidak akan dilayan...Kalian hanya akan menunggu hari pembalasan dengan segala apa yang kalian lakukan...
"Hal Ataka Hadithul Ghasyiyyah??" Telah datangkah kepadamu berita tentang hari kiamat?? Berita tentang hari kiamat sudah lama tiba...Hanya Kita perlu bersedia...Manusia Akhir zaman ini kebanyakkan mereka mempunyai Penyakit (Wahan)...Apa itu WAHAN?? kalau Sahabat-sahabat nak tahu Wahan itu adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan mati....Subhanallah..ana memohon agar penyakit ini tidak ada dalam diri ana dan sahabat-sahabat ana..
Sentiasa Ingat Duhai Sahabat..Allah sentiasa menerima taubat hambanya...Allah suka orang yang bertaubat,tapi Allah lebih suka Orang muda yang bertaubat ^_^ ....
Perkara Pertama Yang akan dihisab Diakhirat Kelak Adalah Solat Kalian...
KAIFA SOLATIKUM???
(Bagaimana Dengan Solat Kalian???)
Walaupun Banyak perkara Baik kita lakukan seperti bersedekah, menolong orang, berbuat amal dan lain-lain..TETAPI solat kita sentiasa lalaikan..Diakhirat kelak Semua amal kebaikan itu tidak akan dilihat!! Jika Solat kamu Tidak Penuh!
Cuba Antuma Hayati Kisah Saydina Umar Al-khattab yang Cukup Hebat dalam solat Beliau :-
Ketika Saydina Umar Al-Khattab Sedang mengimami menunaikan Solat Subuh Berjemaah,,Ketika itu datang seorang dari arah belakang menyerang secara Hendap..Orang itu bernama Abu Lu'Lu'...Abu Lu'Lu' Menikam perut Saydina Umar Al-Khattab..Dan menarik hingga terburai Usus saydina Umar Al-Khattab..Ketika itu Saydina Umar Al-Khatab Tumbang kesebelah..Lalu Solat Digantikan oleh Abdul Rahman Bin Auf...Abdul Rahman memendekkan solatnya...Kemudian dia memangku Saydina Umar Al-Khattab Sahabat yang dicintainya..Para Sahabat Yang lain Panik..darah berlinangan..
Saydina Ummar Al-Khatab Pengsan..Seketika kemudian Saydina Ummar Al-khatab terjaga dari pengsannya...Ada satu soalan yang keluar dari mulut Saydina Umar Al-Khattab..Dalam keadaan terketar-ketar..dalam keadaan menahan kesakitan.....Antuma Semua nak tahu ape solan tuh?? Soalannya adalah :-
Assolah nnas?? Assolah nnas??
(adakah kalian semua sudah solat??)
Subhanallah! dalam keadaan ususnya terburai..Beliau boleh lagi menanyakan soal solat...Ya Allah :'( ...Itulah soalan pertama dari Khalifah yang Agung itu~
Kemudian beliau meminta Anaknya Abdullah bin Umar ,, "wahai anakku, berikan kepadaku air" ..Lalu anaknya Menjawab " Wahai ayah, Sebentar tadi aku beri engkau minum susu tetapi susu itu kembali mengalir keluar daripada perut engkau...Adakah Engkau ingin minum sekali lagi??"
Umar Al-Khattab menjawab "Ya Abdullah, Aku bukan nak minum air tuh...Aku nak ambil air itu untuk berwudhuk...Aku belum solat subuh lagi".....
Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahuakbar!! Hebatnya tarbiyah Nabi Muhammad S.A.W yang sangat menitikberatkan soal Solat.. Part ketika ini ana sangat sedih! dalam keadaan seperti itu Saydina Ummar Al-Khattab masih lagi ingin Solat... Tapi kita bagaimana??
Sebab itulah Nabi Muhammad S.A.W menyuruh semua orang..semua ibu dan ayah ajarkanlah anak kamu solat..
"Muru Auladakum Bissolah wahum abnaus sab a' sili,,Wadhribuhum Alaiha wahum abnahum asyir"
(Ajarkanlah anak kamu solat,,ketika ia berumur Tujuh tahun dan pukullah ia jika telah sampai umur 10 tahun jika dia enggan solat)
Betapa beratnya Nabi Muhammad S.A.W memandang dosa orang yang meninggalkan Solat..sebab itu Nabi Ibrahim As berdoa :-
"Rabbijaaalni muqimassolahti wa min zurriyyati,,Rabbana Wataqobbal Dua',,Rabbana Wataqobbal Dua' "
(Ya Allah,,Jadikan Aku dan zuriat-zuriatku diantara golongan yang rajin dan bersungguh-sungguh untuk melakukan solat kepadamu Ya Allah,,Ya Allah perkenankanlah Dua' kami)
Duhai Lelaki,,Duhai Imam,,Duhai Suami,,Duhai Abang...Cuba kita Insaf diri kita..Tatkala selangkah lagi kaki kita ingin ke syurga..tiba-tiba anak/adik mendakwa kita dihadapan Allah.."Ya Allah! Ayahku/Abangku tak pernah memukulku untuk menyuruh aku solat! Ibuku/kakakku tak pernah marah apabila aku meninggalkan solat! ketika itu apakah ALASAN kita dihadapan Allah :'(
Renung-Renungkanlah duhai sahabat..andai kata kita ke syurga..takkanlah kita nak ke syurga berseorangan,,sudah tentu kita mahu sahabat,,keluarga turut ikut serta betul??
Berubahlah kerana Allah :)
Innallaha ma'a Sobirin
"Wa ta'awanu ala birri Wattaqwa,,Wa la ta'awani ala Ithmun Wal Udwan"
(Tolong-menonglah kalian dalam melakukan kebajikan dan taqwa,,dan janganlah kalian tolong menolong dalam melakukan Dosa dan Permusuhan)
RABBANA WATAQABBAL MINNA DU'A ANA :')
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment